Belakang iPhone 12 pecah berselirat walaupun skrin depan masih elok? Anda tak perlu tukar telefon. Di Magista Studio, kami boleh tukar back glass iPhone 12 supaya belakang telefon kemas semula.

Kenapa back glass iPhone 12 perlu ditukar segera
- Serpihan kaca boleh mencederakan tangan.
- Retakan boleh menyebabkan habuk dan lembapan masuk.
- Glass yang pecah makin teruk bila terkena tekanan atau jatuh lagi.
- Penampilan telefon jadi tak kemas dan nilai jual semula menurun.
Proses tukar back glass iPhone 12
Telefon dibuka dengan berhati-hati dan komponen dalaman diasingkan supaya tidak rosak semasa proses.

Selepas back glass baharu dipasang, telefon dikepit dengan clamp supaya pelekat melekat rata dan kemas.

Kenapa pilih Magista Studio
- Pemeriksaan awal percuma sebelum anda buat keputusan.
- Face to face: anda boleh tunggu dan tengok proses.
- Harga telus: anggaran dimaklumkan awal.
- Teknisyen berpengalaman untuk iPhone, iPad dan MacBook.
Soalan lazim: tukar back glass iPhone 12
Berapa lama masa untuk tukar back glass iPhone 12?
Kami akan maklumkan anggaran masa selepas pemeriksaan, kerana ia bergantung pada keadaan telefon.
Berapa harga tukar back glass iPhone 12?
Harga bergantung pada keadaan telefon. WhatsApp kami dengan gambar bahagian belakang telefon dan kami berikan anggaran.
Leave a comment