Apple Watch SE 40mm anda retak teruk? Jangan terburu-buru tukar LCD. Di Magista Studio, kami boleh tukar front glass sahaja dan kekalkan LCD original. Ini kes sebenar pelanggan dari Kuala Lumpur yang dihantar ke cawangan Sri Rampai.
Masalah: Apple Watch SE retak teruk
Pelanggan datang dengan Apple Watch SE yang skrinnya retak teruk. Kedai lain mencadangkan tukar terus LCD, dan harganya mahal. Selepas terjumpa video kami di TikTok tentang ganti glass untuk iWatch, beliau terus hantar ke Magista Sri Rampai.
Proses tukar front glass Apple Watch SE
Langkah pertama, Apple Watch dibuka dengan berhati-hati supaya bahagian dalam dan LCD tidak rosak.
Selepas dibuka, LCD original dikeluarkan daripada casing. LCD ini masih elok, jadi tidak perlu diganti.
Front glass lama yang retak kemudian dibuang daripada LCD, dan sisa pelekat dibersihkan.
Front glass baharu untuk Apple Watch SE 40mm disediakan dan dipasang pada LCD original.
Seterusnya, glass dilekatkan menggunakan mesin laminate supaya melekat rata dan kemas tanpa gelembung.
Hasil: Apple Watch SE siap, skrin jelas semula
Apple Watch SE 40mm siap dipasang semula dan skrin kembali jelas. Pelanggan tak perlu bayar harga penuh tukar LCD kerana hanya front glass yang diganti.
Apple Watch anda retak? Hubungi Magista Studio
Jangan terus tukar LCD sebelum semak dengan kami. Kami akan periksa dulu sama ada front glass sahaja yang perlu diganti. Anda boleh hubungi Magista Studio atau datang terus ke cawangan Sri Rampai KL.
Leave a comment