Repair iPad Mini 5 Terkena Air (Water Damage) di Magista Studio

iPad Mini 5 terkena air dibuka untuk diperiksa di Magista Studio

iPad Mini 5 anda terjatuh dalam air atau terkena tumpahan? Jangan hidupkan atau cas dahulu. Semakin cepat dirawat, semakin tinggi peluang peranti diselamatkan. Di Magista Studio, kami baiki iPad water damage dengan pemeriksaan teliti dan cleaning, dan ini kes sebenar iPad Mini 5 yang kami terima.

iPad Mini 5 terkena air dibuka untuk diperiksa di Magista Studio
iPad Mini 5 yang terkena air dibuka untuk diperiksa

Tanda iPad terkena air

  • iPad tak boleh hidup atau hidup lepas itu mati sendiri
  • Skrin bergaris, berkelip atau bertompok
  • Port charging tak mengecas atau cepat panas
  • Bateri cepat habis
  • Butang, speaker atau mikrofon tak berfungsi

Apa yang kami periksa pada kes iPad Mini 5 ini

Selepas iPad dibuka, kesan lembapan dan titisan cecair jelas kelihatan di bahagian dalam. Air yang tertinggal boleh menyebabkan kakisan pada papan litar dan sambungan, dan kerosakan akan makin teruk jika dibiarkan.

Kesan air dan lembapan di dalam iPad Mini 5 yang mengalami water damage
Kesan air dan lembapan di dalam iPad Mini 5
Skrin iPad Mini 5 diangkat untuk memeriksa kerosakan akibat air
Skrin diangkat untuk memeriksa bahagian dalam iPad
Teknisyen memeriksa bahagian dalam iPad Mini 5 selepas terkena air
Pemeriksaan bahagian dalam iPad Mini 5
Titisan cecair pada bahagian dalam iPad Mini 5 yang terkena air
Titisan cecair dalam iPad Mini 5 yang terkena air

Proses repair iPad water damage

  • Buka dan periksa: kami semak sejauh mana air masuk dan komponen mana terjejas.
  • Cleaning: bahagian yang terkena air dibersihkan menggunakan bahan kimia khas untuk membuang sisa lembapan dan kekotoran.
  • Ujian fungsi: kami uji paparan, sentuhan, pengecasan dan fungsi lain.
  • Penjelasan jelas: jika ada komponen yang perlu diganti, kami maklumkan dahulu sebelum anda setuju.

Kos cleaning bagi kes water damage biasanya dalam lingkungan RM50 hingga RM150, bergantung pada tahap kerosakan. Anggaran sebenar diberikan selepas pemeriksaan.

Apa nak buat bila iPad terkena air

  • Matikan iPad serta-merta jika masih hidup.
  • Jangan cas dan jangan cuba hidupkan berulang kali.
  • Lap luaran dengan kain kering. Jangan guna hair dryer atau beras.
  • Bawa ke kedai servis secepat mungkin.

Soalan lazim: repair iPad water damage

Boleh ke iPad terkena air diselamatkan?

Selalunya boleh jika dibawa awal, tetapi ia bergantung pada tahap air masuk dan masa. Kami periksa dahulu dan beritahu keadaan sebenar.

Adakah pemeriksaan dikenakan bayaran?

Tidak. Kami semak punca kerosakan secara percuma sebelum anda memutuskan untuk meneruskan pembaikan.

Hubungi Magista Studio

WhatsApp Magista Studio sekarang