Skrin iPhone tiba-tiba hijau masa tengah main game, atau satu pagi bertukar putih terus. Ramai orang terus fikir: “Kena tukar skrin baharu, mesti mahal.”
Tunggu dulu. Greenscreen dan whitescreen, terutama pada iPhone 13 Pro Max, antara kerja yang paling kerap kami baiki di Magista Studio, dan dalam sesetengah kes LCD original boleh dikekalkan.

Tanda-tanda masalah
- Skrin hijau penuh, atau garisan hijau menegak
- Skrin putih (white screen) dan tak respon
- Paparan berkelip atau warna pelik selepas telefon panas atau selepas jatuh
- Biasa dilaporkan pada iPhone 13, 13 Pro Max, 14 Pro dan 14 Pro Max
Apa yang kami buat
Semak dahulu. Kami periksa untuk pastikan punca dan pilihan sebelum anda setuju.
Pilihan 1: repair jumper. Jika kes sesuai, teknisyen kami boleh buat repair jumper supaya LCD original kekal. Prestasi paparan tak turun. Tak semua kes boleh dijumper.

Pilihan 2: tukar LCD / OLED. Jika jumper tak sesuai, kami tawarkan pilihan alat ganti: local, original OEM, OLED atau original Apple. Kami terangkan beza sebelum anda pilih.
Promosi: repair greenscreen dapat penggantian bateri percuma (syarat: repair jumper sahaja). Sahkan kelayakan melalui WhatsApp.

Cerita sebenar: iPhone 13 Pro Max hijau masa main game
Seorang pelanggan datang dengan iPhone 13 Pro Max yang tiba-tiba hijau ketika main game. Dia dah bersedia dengan kos tinggi selepas dapat sebut harga di Apple center. Teknisyen kami tawarkan repair jumper. LCD original kekal dan telefon kembali elok tanpa turun prestasi.
Pelanggan gembira dan terkejut kerana kosnya jauh lebih rendah. Setiap kes berbeza, dan kami hanya boleh sahkan selepas pemeriksaan.
Kenapa pilih Magista?
- High skill. Kerja halus yang kedai lain mungkin terus suruh tukar penuh.
- Privasi dijaga. Data dan gambar pelanggan kekal peribadi.
- Trusted sejak 2017. Teknisyen peramah, CS terangkan kerosakan dengan jelas dan balas WhatsApp laju.
- Warranty 1–3 bulan bergantung jenis repair dan alat ganti.
Cawangan & booking
Kami galakkan booking dulu melalui WhatsApp supaya alat ganti untuk model anda dah sedia. Ada juga pickup & delivery di KL dan Selangor.
- Bangi (HQ): 10am–7pm, setiap hari
- Putrajaya: 10am–7pm, Ahad cuti
- Sri Rampai, KL: 11am–8pm, Ahad cuti
- Shah Alam: 11am–8pm, cuti Khamis, Jumaat & Sabtu
Soalan lazim (FAQ)
Greenscreen kena tukar LCD baharu ke?
Tak semestinya. Dalam sesetengah kes repair jumper boleh dibuat supaya LCD original kekal. Kami semak dahulu.
Jumper repair ada kesan pada prestasi LCD?
Dalam kes yang sesuai, LCD original kekal dan prestasi paparan tak turun.
Boleh jamin 100% berjaya?
Tak. Setiap kes berbeza dan hasil disahkan selepas pemeriksaan.
Apa bezanya whitescreen dengan greenscreen?
Kedua-duanya masalah paparan. Punca dan pilihan repair dinilai selepas semakan.
Sebelum ke kedai, apa nak semak?
Cuba force restart dahulu.
Hubungi kami
iPhone hijau atau putih? WhatsApp model + gambar atau video, kemudian booking dulu: 011-5543 7626. Lihat juga tukar front glass iPhone dan repair iPhone KL & Selangor.
Leave a comment