Repair iPhone di KL & Selangor: Masalah Skrin, Bateri & Cas

Repair iPhone 13 Pro Max masalah skrin hijau di Magista Studio KL

iPhone anda rosak? Skrin hijau, skrin putih, bateri kembung, atau tak boleh cas? Di Magista Studio, kami repair iPhone untuk pelanggan di Kuala Lumpur, Setapak, Gombak, Wangsa Maju, Ampang, Bangi, Putrajaya dan Shah Alam. Kami buka 11 pagi hingga 8 malam, 7 hari seminggu, dan ada perkhidmatan door-to-door untuk KL dan Selangor.

Repair iPhone 13 Pro Max masalah skrin hijau di Magista Studio KL

Masalah iPhone yang kami baiki

1. Tukar skrin iPhone (OLED / LCD)

Skrin pecah, ada garisan, atau sentuhan tak berfungsi? Kami tukar skrin untuk pelbagai model termasuk iPhone 13, iPhone 14 Pro, iPhone 14 Pro Max dan iPhone 15 Pro Max. Untuk model OLED, pilihan skrin Soft OLED tersedia.

Tukar skrin Soft OLED iPhone 15 Pro Max

2. iPhone skrin hijau (green screen)

Skrin hijau atau ada garisan hijau sering berlaku pada iPhone 13 dan iPhone 14 Pro. Punca biasanya panel OLED yang rosak. Selalunya penyelesaiannya ialah tukar panel OLED baharu.

iPhone 14 Pro skrin hijau diganti OLED baharu

3. iPhone skrin putih (white screen of death)

Skrin tiba-tiba putih dan tak responsif? Kami semak dahulu sebelum cadangkan penggantian skrin supaya anda tak bayar untuk kerja yang tak perlu.

iPhone 13 Pro Max white screen of death untuk dibaiki

4. Tukar bateri iPhone & bateri kembung

Bateri cepat habis, kesihatan bateri rendah, atau bateri kembung sampai skrin terangkat? Bateri kembung bahaya dan perlu ditukar segera. Kami tukar bateri untuk iPhone XS Max, iPhone 11, iPhone 13, iPhone 13 Pro dan iPhone 15 Pro, termasuk pilihan bateri kapasiti tinggi.

Bateri iPhone 11 kembung menolak LCD, perlu tukar bateri
Tukar bateri iPhone 13 di Magista Studio

5. iPhone tak boleh cas (Charging IC / port)

Tak boleh cas, cas putus-putus, atau cas perlahan? Masalah ini boleh datang dari port, kabel atau IC pengecasan pada motherboard. Kami diagnos dan repair, termasuk repair charging IC iPhone 15 Pro.

Repair charging IC iPhone 15 Pro

6. iPhone masuk air (water damage)

Jangan cas iPhone yang basah. Matikan, kemudian bawa ke kami secepat mungkin. Semakin cepat dibersihkan, semakin tinggi peluang pulih.

iPhone 11 masuk air, reboot sendiri, tukar ribbon earpiece

7. Kaca belakang & housing

Kaca belakang retak? Kami tukar back glass iPhone 15 dan housing iPhone 15 / iPhone 16 Pro Max.

Tukar kaca belakang iPhone 15

Kenapa pilih Magista Studio?

  • Ada kerja sebenar yang boleh anda lihat dalam gambar kami
  • Kerja pantas. Masalah kecil seperti tukar LCD dan tukar bateri boleh siap dalam masa lebih kurang 30 minit
  • Buka 7 hari, 11 pagi – 8 malam
  • Door-to-door di KL & Selangor
  • Pelbagai cawangan: KL, Bangi, Putrajaya, Shah Alam, Setapak, Gombak
  • Pilihan bayaran ansuran melalui kad kredit / SPayLater

Soalan lazim (FAQ)

Berapa harga repair iPhone?

Harga bergantung model dan jenis kerosakan (contoh: skrin OLED lebih mahal daripada LCD). Hubungi kami dengan model iPhone dan masalah anda untuk sebut harga.

Berapa lama repair iPhone?

Kerja biasa seperti tukar bateri atau skrin selalunya siap pada hari yang sama. Repair motherboard mengambil masa lebih lama.

Bateri original atau OEM, mana lebih baik?

Kami terangkan perbezaan dan pilihan sebelum anda setuju. Baca juga panduan bateri original vs OEM di blog kami.

Adakah data saya selamat?

Kebanyakan repair tidak memadam data, tetapi kami tetap sarankan backup dahulu.

Hubungi kami

Nak repair iPhone hari ini? Hantar model iPhone + gambar kerosakan melalui WhatsApp: 011-5543 7626. Lihat juga servis repair iPad & MacBook kami.

Read this in English →