Tukar Front Glass iWatch (Apple Watch) di KL & Selangor

Tukar front glass iWatch SE 44mm di Magista Studio

Kaca Apple Watch pecah kena meja, atau skrin masih hidup tapi sentuhan tak respon. Ramai orang sangka kena beli jam baharu.

Hakikatnya, front glass dan touchscreen iWatch boleh dibaiki. Kami buat kerja halus ini di Magista Studio untuk iWatch SE 40mm dan 44mm, serta model lain.

Tukar front glass iWatch SE 44mm di Magista Studio

Tanda-tanda masalah

  • Kaca depan iWatch retak atau pecah
  • Paparan masih hidup tapi sentuhan tak berfungsi
  • Sentuhan terlompat atau berfungsi di kawasan tertentu sahaja
  • Biasa dilaporkan pada iWatch SE 40mm dan 44mm

Apa yang kami buat

Semak dahulu sama ada masalah pada kaca atau touchscreen. Kalau paparan masih elok, kami tukar front glass sahaja supaya paparan asal kekal.

Kami baiki iWatch SE 44mm (tukar front glass) dan iWatch SE 40mm (masalah tak boleh sentuh / touchscreen).

Repair kaca iWatch SE

Bateri iWatch pun boleh ditukar. Tanya kami kalau jam anda cepat habis bateri.

iWatch SE 40mm touchscreen tak boleh sentuh, dibaiki

Kenapa pilih Magista?

  • High skill. Kerja halus yang kedai lain mungkin terus suruh tukar penuh.
  • Privasi dijaga. Data dan gambar pelanggan kekal peribadi.
  • Trusted sejak 2017. Teknisyen peramah, CS terangkan kerosakan dengan jelas dan balas WhatsApp laju.
  • Warranty 1–3 bulan bergantung jenis repair dan alat ganti.

Cawangan & booking

Kami galakkan booking dulu melalui WhatsApp supaya alat ganti untuk model anda dah sedia. Ada juga pickup & delivery di KL dan Selangor.

Soalan lazim (FAQ)

Kaca iWatch pecah, kena beli jam baharu ke?

Tak semestinya. Kami boleh tukar front glass atau touchscreen mengikut hasil semakan.

iWatch tak boleh sentuh, boleh baiki?

Boleh dalam banyak kes. Kami semak untuk pastikan puncanya dahulu.

Model iWatch mana yang boleh?

iWatch SE 40mm dan 44mm, serta model lain. WhatsApp model anda untuk sahkan.

Ada warranty?

Ada, antara 1 hingga 3 bulan bergantung jenis repair dan alat ganti.

Hubungi kami

iWatch pecah atau tak respon? WhatsApp model iWatch + gambar masalah, kemudian booking dulu: 011-5543 7626. Lihat juga front glass iPhone dan front glass iPad.

Read this in English →