iPhone 16 Pro Max Tak Boleh Charge

repair iphone tak boleh charge kl ampang cheras

Bayangkan bangun pagi, tengok phone — battery 1%. Cucuk charger. Tunggu. Tak naik pun.

Itulah yang dialami Azlan (bukan nama sebenar), seorang pelanggan kami dari Setapak yang datang ke Magista Studio dalam keadaan separuh panik. iPhone 16 Pro Max dia yang baru lebih setahun tiba-tiba langsung tak boleh charge — stuck kat 1% je, tak boleh naik langsung walau dah guna cable lain, adapter lain, even wireless charger.

“Saya ingat ada masalah dengan iOS. Dah cuba restart, dah Cuba force restart. Takde perubahan langsung.”

Dia cakap memang kebelakangan ni phone dia selalu letak dekat sinki atau guna masa tengah hujan. Tak sangka tu pun boleh jadi masalah.

Technician kami terus buat pemeriksaan. Lepas diagnostic, dua punca utama berjaya dikenal pasti:

  Dapatan Diagnostik

 
Battery longgar dari connectorGetaran harian menyebabkan sambungan battery tidak stabil — phone detect battery tapi tak boleh charge atau papar kapasiti betul.
 
Charging port — kerosakan kesan airPendedahan lembapan berulang meninggalkan residu yang menghalang sambungan antara cable dan port.
 
Selepas repairBattery disambung semula dengan betul, port dibersihkan & diperbaiki. Phone charge normal, battery naik dari 1% ke 100%.

Ramai pengguna ingat masalah “tak boleh charge” ni semestinya pasal cable atau adapter je. Hakikatnya, isu boleh datang dari dalam peranti itu sendiri — terutama kalau phone selalu terdedah kepada kelembapan atau pernah jatuh.

Tanda-tanda yang perlu korang perhatikan:

• Phone charge sangat lambat tanpa sebab jelas
• Battery peratus stuck atau tiba-tiba drop mendadak
• Phone panas masa charging walaupun dalam keadaan idle
• Wireless charge OK tapi wired charge tak berfungsi

Kalau korang alami mana-mana simptom ni, jangan tunggu lama. Makin lama dibiarkan, kerosakan boleh merebak ke bahagian lain motherboard yang jauh lebih mahal untuk dibaiki.