Kenapa Battery Health iPhone Cepat Turun? Penjelasan..

Siapa je yang tak happy bila dapat iPhone baru, kan? Tapi, ramai pengguna mengadu battery health iPhone cepat turun, kadang-kadang dalam masa sebulan dua je! Lebih mengejutkan, ada yang terus jadi “Service” dekat bahagian Settings. Eh, peliknya! Apa sebenarnya yang jadi?

Punca Battery Health Cepat Merosot
Lepas kami siasat, rupa-rupanya ramai yang terbeli iPhone used atau secondhand. Tak salah pun beli secondhand, tapi masalahnya, kualiti bateri iPhone tu sering jadi isu.

Kebanyakan kes yang kami jumpa, iPhone secondhand ni:

  1. Bateri Tidak Original: Bila iPhone tu refurbish, bateri asal mungkin dah diganti dengan bateri aftermarket yang tak ori.
  2. Bateri “Dipump” ke 100%: Ada supplier atau penjual yang guna tools programming khas untuk “reset” kapasiti bateri supaya nampak macam baru. Hakikatnya, bateri tu dah lama dan tak stabil.

Macam Mana Nak Elak Masalah Ni?
Kalau nak beli iPhone, pastikan buat pemeriksaan yang teliti:

  • Check Battery Health: Tengok bahagian Settings > Battery > Battery Health. Kalau nampak tak normal (contoh: kapasiti 100% tapi cepat habis), hati-hati!
  • Tanya Rekod Penjual: Dapatkan maklumat sama ada iPhone tu pernah ditukar bateri atau tidak.
  • Beli Dari Penjual Dipercayai: Jangan mudah tergoda dengan harga murah tanpa pastikan reputasi penjual.

Tips Panjangkan Hayat Bateri iPhone
Dah beli iPhone? Jaga bateri anda dengan cara ni:

  • Elakkan overcharge iPhone (charge semalaman).
  • Guna charger yang original.
  • Jangan biarkan bateri kosong sampai 0% sebelum cas.

Kesimpulan
Battery health iPhone cepat turun? Jangan risau, anda bukan sorang je yang alami masalah ni. Tapi kalau nak elak masalah dari awal, pilih iPhone dengan bateri yang terjamin kualitinya. Nak lebih selamat, beli terus iPhone dari trusted seller atau yang baru.

Jom share artikel ni dengan kawan-kawan yang tengah plan nak beli iPhone! Mana tahu boleh selamatkan mereka dari masalah yang sama. 😊