Skrin rosak? Berikut tiga kes tukar LCD sebenar di Magista Studio: iPhone 11 Pro Max dan iPhone 15 Pro Max, serta Vivo V21 SE daripada pelanggan Kajang. Kalau anda di sekitar Bangi, Kajang atau Putrajaya, ini gambaran proses kami.
Tukar LCD iPhone 11 Pro Max: LCD pecah, guna LCD OLED
Pelanggan dari Bangi datang dengan iPhone 11 Pro Max yang LCD-nya rosak dan pecah. Penyelesaian: tukar LCD OLED.

Tukar LCD iPhone 15 Pro Max Soft OLED
iPhone 15 Pro Max dibuka untuk penggantian LCD Soft OLED. Telefon model terkini seperti ini perlu dikendalikan dengan teliti kerana komponen dalamannya padat.

Vivo V21 SE ghost touch: tukar LCD
Pelanggan dari Kajang datang dengan Vivo V21 SE yang skrinnya mengalami ghost touch (skrin bergerak atau menekan sendiri). Selepas diperiksa, penyelesaiannya ialah tukar LCD.

Tanda telefon anda perlu tukar LCD
- Skrin pecah atau retak
- Sentuhan tak responsif atau bergerak sendiri (ghost touch)
- Garisan atau tompok pada paparan
- Skrin hitam walaupun telefon masih hidup
Untuk maklumat lanjut tentang servis tukar skrin, lihat page repair screen handphone Kajang & Putrajaya.
Soalan lazim: tukar LCD handphone
Ada tak repair LCD di Kajang dan Bangi?
Ada. Cawangan terdekat untuk pelanggan Kajang ialah di Bandar Baru Bangi, dan kami juga melayan pelanggan dari Kajang.
Berapa harga tukar LCD?
Harga bergantung pada model dan jenis LCD. WhatsApp kami dengan model telefon dan kami berikan anggaran.
Leave a comment