Tukar Bateri iPhone 13 Kembung di Magista Studio (Kes Bangi)

iPhone 13 selepas bateri baharu dipasang di Magista Studio

Bateri iPhone 13 kembung? Itu tanda serius dan tak boleh dibiarkan. Pelanggan dari Bangi baru-baru ini datang ke Magista Studio dengan iPhone 13 yang bateri kembung, dan penyelesaiannya ialah tukar bateri.

iPhone 13 dibuka dengan bateri baharu sedia untuk gantikan bateri kembung
iPhone 13 dibuka dengan bateri baharu bersebelahan

Tanda bateri iPhone kembung

  • Skrin atau casing terangkat dan tak melekat rata
  • Telefon kelihatan melengkung atau tidak rata bila diletakkan di atas meja
  • Bateri cepat habis dan telefon panas
  • Telefon mati sendiri walaupun peratusan masih ada

Bahayakah bateri kembung?

Ya. Bateri yang kembung sudah rosak dan boleh menekan skrin serta komponen lain. Hentikan penggunaan dan jangan cas lama sehingga ia diperiksa oleh teknisyen.

Proses tukar bateri iPhone 13

Telefon dibuka, bateri lama dikeluarkan dengan berhati-hati, kemudian bateri baharu dipasang pada tempatnya.

iPhone 13 selepas bateri baharu dipasang di Magista Studio
iPhone 13 dengan bateri baharu sudah dipasang

Kenapa pilih Magista Studio untuk tukar bateri iPhone

  • Pemeriksaan awal percuma
  • Face to face, anda boleh tunggu
  • Harga telus dan dimaklumkan awal
  • Teknisyen berpengalaman

Soalan lazim: bateri iPhone 13 kembung

Boleh ke guna iPhone yang bateri kembung?

Tidak digalakkan. Bateri kembung perlu ditukar secepat mungkin. Bawa ke kami untuk diperiksa.

Berapa harga tukar bateri iPhone 13?

WhatsApp kami dengan model telefon dan kami berikan anggaran harga.

Hubungi Magista Studio

WhatsApp Magista Studio sekarang