iPhone 17 vs iPhone 16: Mana Yang Lebih Berbaloi?
29 Ogos 2025
Apple akan lancarkan iPhone 17 tidak lama lagi. Tapi adakah ia berbaloi untuk ditunggu berbanding iPhone 16 yang ada sekarang?
5 Perbezaan Utama
1. Skrin Lebih Lancar
iPhone 17: Semua model dapat skrin 120Hz yang lancar iPhone 16: Hanya model Pro ada 120Hz, model biasa 60Hz sahaja
Kesannya: Skrin iPhone 17 akan terasa lebih responsif dan lancar untuk semua pengguna.
2. Selfie Lebih Cantik
iPhone 17: Kamera hadapan 24MP iPhone 16: Kamera hadapan 12MP
Kesannya: Selfie dan video call akan lebih tajam dan jelas.
3. Cas Lebih Cepat
iPhone 17: Cas berwayar 35W, wireless 50W iPhone 16: Cas berwayar 25W, wireless 15W
Kesannya: iPhone 17 akan cas hampir 2 kali lebih cepat.
4. Internet Lebih Pantas
iPhone 17: Wi-Fi 7 (terbaru) iPhone 16: Wi-Fi 6E (lama sikit)
Kesannya: Internet lebih stabil dan laju, terutama di rumah dengan banyak device.
5. Rupa Baru
iPhone 17: Reka bentuk iOS 26 “Liquid Glass” yang baru iPhone 16: Reka bentuk iOS lama (tapi boleh update nanti)
Model Baru: iPhone 17 Air
iPhone paling nipis pernah dicipta – hanya 5.5mm tebal! Tapi harga dijangka lebih mahal.
Harga
- iPhone 16: RM3,999 (sekarang)
- iPhone 17: Dijangka RM4,299-RM4,599 (September 2025)
Patut Beli Yang Mana?
Beli iPhone 16 Kalau:
✅ Perlukan phone baru sekarang ✅ Nak jimat duit ✅ Tak kisah pasal skrin 60Hz
Tunggu iPhone 17 Kalau:
✅ Boleh tunggu 2-3 bulan lagi ✅ Suka skrin yang lancar (120Hz) ✅ Selfie banyak ✅ Nak feature terbaru
Kesimpulan
iPhone 17 memang lebih bagus dengan skrin 120Hz untuk semua model, selfie lebih cantik, dan cas lebih cepat. Tapi iPhone 16 pun masih power dan lebih murah.
Leave a comment