Repair iPad: Skrin Tompok, Backlight, Kaca Pecah & Bateri

Repair backlight iPad Air 4 dan 5 di Magista Studio

Cari tempat repair iPad yang boleh dipercayai di KL dan Selangor? Magista Studio baiki iPad Air, iPad 9 dan model lain, termasuk masalah yang jarang dapat dilayan seperti backlight rosak dan skrin bertompok. Kami buka 7 hari seminggu, 11 pagi – 8 malam.

Repair backlight iPad Air 4 dan 5 di Magista Studio

Masalah iPad yang kami baiki

1. iPad skrin tompok / backlight rosak

Skrin ada tompok gelap atau kelabu, kecerahan tak sekata, atau skrin gelap tapi paparan masih ada samar-samar? Ini selalunya masalah backlight. Ia berbeza daripada skrin pecah dan memerlukan tukang yang biasa dengan kerja backlight. Kami ada pengalaman repair backlight iPad Air 4 dan Air 5.

iPad Air skrin tompok, repair backlight

2. Tukar kaca depan iPad

Kaca retak tapi paparan masih okay? Kami boleh tukar kaca depan (front glass) iPad Air 4 / 5 termasuk varian warna biru.

Tukar kaca depan iPad Air 4 dan 5

3. Tukar LCD iPad

Paparan rosak, bergaris atau tidak keluar gambar? Kami tukar LCD untuk iPad 9 dan model lain.

Tukar LCD iPad 9

4. iPad bateri cepat habis & panas

iPad cepat panas dan bateri susut laju? Kemungkinan bateri sudah uzur. Kami semak dan tukar bateri jika perlu.

iPad 9 bateri cepat habis dan panas, tukar bateri

Tanda iPad anda perlu dibaiki

  • Ada tompok gelap atau kelabu pada skrin
  • Skrin gelap walaupun iPad hidup
  • Kaca retak atau sentuhan tak responsif
  • Bateri susut laju atau iPad terlalu panas

Soalan lazim (FAQ)

Berapa harga repair iPad?

Bergantung model dan kerosakan (kaca, LCD atau backlight). Hantar model dan gambar melalui WhatsApp untuk sebut harga.

Skrin iPad tompok boleh dibaiki tanpa tukar skrin penuh?

Dalam banyak kes, masalah backlight boleh dibaiki. Kami semak dahulu dan terangkan pilihan.

Berapa lama repair iPad?

Bergantung kerosakan. Kerja kaca atau backlight mengambil masa lebih lama daripada tukar bateri. Kami maklumkan anggaran masa semasa semakan.

Hubungi kami

iPad rosak? WhatsApp model iPad + gambar masalah: 011-5543 7626. Kami juga repair iPhone dan MacBook.

Read this in English →