Tukar Screen iPhone 13 Pro Max Retak: Tukar Kaca atau LCD Penuh?

iPhone 13 Pro Max kaca depan retak tetapi skrin masih menyala

Kaca depan iPhone 13 Pro Max retak, tapi skrin masih boleh guna? Sebelum tukar screen iPhone 13 Pro Max, anda patut tahu sama ada perlu tukar kaca sahaja atau LCD penuh. Dalam artikel ini, kami terangkan bezanya berdasarkan kes sebenar yang baru kami siapkan di Magista Studio.

iPhone 13 Pro Max kaca depan retak tetapi skrin masih menyala
Skrin masih hidup, tapi kaca depan retak di bahagian atas

Kaca depan dan LCD: apa bezanya?

Skrin iPhone terdiri daripada beberapa lapisan. Lapisan paling luar ialah kaca depan, manakala di bawahnya ada panel LCD/OLED yang memaparkan gambar dan mengesan sentuhan.

Bila hanya kaca luar yang retak dan paparan masih jelas, ada pilihan untuk tukar kaca sahaja. Kalau paparan sudah ada garisan, bintik, atau sentuhan tak berfungsi, biasanya panel dalam pun terjejas dan perlu ditukar.

Bila boleh tukar kaca sahaja?

  • Retak hanya pada permukaan kaca
  • Gambar pada skrin masih jelas, tiada garisan atau tompok
  • Sentuhan berfungsi di seluruh skrin
  • Warna dan kecerahan masih normal
Retak pada bahagian notch iPhone 13 Pro Max
Retak halus bermula di sekitar notch

Bila perlu tukar LCD penuh?

  • Skrin ada garisan, warna pelik, atau tompok hitam
  • Sentuhan lembap atau bergerak sendiri
  • Paparan hijau, putih, atau berkelip. Kes ini mungkin bukan sekadar kaca, lihat repair greenscreen iPhone 13 Pro Max
  • Kerosakan bahagian dalam yang jelas akibat hentakan

Proses tukar screen iPhone 13 Pro Max (kaca depan)

Dalam kes yang kami buat, kaca depan yang retak dikeluarkan daripada LCD dengan berhati-hati. Bahagian ini perlu teliti kerana LCD di bawahnya masih elok dan tidak patut cedera.

Kaca depan iPhone 13 Pro Max yang retak dikeluarkan daripada LCD
Kaca lama dikeluarkan dari LCD

Selepas kaca baharu dipasang dan telefon disambung semula, kami hidupkan telefon dan uji fungsi asas sebelum diserahkan.

iPhone 13 Pro Max menyala dengan logo Apple selepas tukar kaca depan
Telefon dihidupkan semula selepas kaca baharu dipasang
iPhone 13 Pro Max berfungsi seperti biasa selepas tukar kaca depan
Skrin kembali berfungsi seperti biasa

Tips jaga skrin selepas repair

  • Pakai pelindung skrin (tempered glass) dan casing yang melindungi bucu
  • Jangan simpan telefon bersama kunci atau syiling dalam poket
  • Elakkan tekanan pada bahagian belakang semasa duduk

Kenapa pilih Magista Studio

  • Pemeriksaan awal sebelum repair, supaya anda tahu pilihan yang sesuai
  • Harga dimaklumkan awal, tiada kejutan
  • Teknisyen berpengalaman untuk iPhone, iPad dan MacBook
  • Warranty diberikan untuk setiap repair

Soalan lazim: tukar screen iPhone 13 Pro Max

Boleh ke guna iPhone yang kaca depan retak?

Boleh buat sementara, tapi retak boleh bertambah dan serpihan kaca berisiko. Lebih baik repair awal.

Tukar kaca sahaja lebih murah?

Biasanya pilihan ini lebih jimat berbanding tukar LCD penuh, tapi hanya sesuai bila paparan masih elok. Kami semak dulu dan beritahu.

Berapa harga tukar screen iPhone 13 Pro Max?

Harga bergantung pada kerosakan. WhatsApp kami dengan gambar skrin anda untuk anggaran.

Lihat juga kes lain: tukar LCD iPhone di Bangi dan Kajang.

Hubungi Magista Studio

WhatsApp Magista Studio sekarang atau buat tempahan.