Tukar Front Glass iPad di KL & Selangor: Tak Semestinya Ganti LCD Penuh

Tukar front glass iPad Air 4 dan 5 di Magista Studio

Skrin iPad pecah, atau ada tompok gelap yang makin melebar. Di banyak kedai, jawapannya sama: “Kena tukar LCD, harga mahal.”

Di Magista, kami selalunya tukar front glass, touchscreen atau backlight sahaja. Ini kerja halus yang tak ramai buat, dan boleh jimatkan banyak berbanding tukar LCD penuh.

Tukar front glass iPad Air 4 dan 5 di Magista Studio

Tanda-tanda masalah

  • Kaca iPad retak atau pecah
  • Sentuhan tak berfungsi di sesetengah kawasan
  • Tompok gelap atau kelabu pada skrin (masalah backlight)
  • Biasa pada iPad Air 4, iPad Air 5 dan iPad Pro 11 inch

Apa yang kami buat

Semak punca dahulu. Kerosakan boleh pada kaca, touchscreen atau backlight. Setiap satu ada penyelesaian berbeza.

Tukar front glass / touchscreen untuk iPad Air 4 dan 5 (termasuk warna biru) dan model lain.

Repair front glass iPad Air 4 warna biru

Repair backlight untuk masalah tompok dan skrin bertompok, supaya anda tak perlu terus ganti LCD penuh. Baca juga repair iPad: skrin tompok, backlight, kaca pecah dan bateri.

iPad Air masalah tompok, repair backlight

Cerita sebenar: iPad Air 4 dan iPad Pro 11 inch

Dua pelanggan datang dengan iPad Air 4 dan iPad Pro 11 inch. Kedua-duanya ada masalah tompok dan skrin retak. Banyak kedai cadangkan ganti LCD dengan harga yang tinggi.

Di Magista, kami ganti touchscreen dan backlight sahaja. Kos jauh lebih jimat, dan pelanggan kagum kerana tak ramai orang buat kerja berkemahiran tinggi macam ni.

Kenapa pilih Magista?

  • High skill. Kerja halus yang kedai lain mungkin terus suruh tukar penuh.
  • Privasi dijaga. Data dan gambar pelanggan kekal peribadi.
  • Trusted sejak 2017. Teknisyen peramah, CS terangkan kerosakan dengan jelas dan balas WhatsApp laju.
  • Warranty 1–3 bulan bergantung jenis repair dan alat ganti.

Cawangan & booking

Kami galakkan booking dulu melalui WhatsApp supaya alat ganti untuk model anda dah sedia. Ada juga pickup & delivery di KL dan Selangor.

Soalan lazim (FAQ)

Skrin iPad pecah kena tukar LCD penuh ke?

Tak semestinya. Kami semak dan, jika sesuai, tukar front glass atau touchscreen sahaja.

Skrin iPad ada tompok, boleh baiki?

Dalam banyak kes, masalah backlight boleh dibaiki. Kami semak dahulu dan terangkan pilihan.

Model iPad mana yang boleh?

iPad Air 4, Air 5, iPad Pro 11 inch dan model lain. WhatsApp model anda untuk sahkan.

Ada warranty?

Ada, antara 1 hingga 3 bulan bergantung jenis repair dan alat ganti.

Hubungi kami

iPad pecah atau bertompok? WhatsApp model iPad + gambar masalah, kemudian booking dulu: 011-5543 7626. Lihat juga front glass iPhone dan front glass iWatch.

Read this in English →